Pengenalan Kursus
Nama
kursus : Karya Agung Melayu
Kod
kursus : BMS 3022
Pensyarah
Dr. Seri Lanang Jaya bin Hj. Rohani
Pensyarah kursus BMS 3022
Tentang kursus
Kursus
ini akan membincangkan mengenai karya agung yang menjadi pembentuk tradisi,
tamadun dan pandangan semesta bangsa Melayu. Sepanjang kursus ini pelajar
didedahkan tentang genre, gagasan, seni penulisan, nilai ilmu dan falsafah
karya agung Melayu. Melalui kursus ini, pelajar berpeluang untuk:
1.
Menginterpretasi falsafah karya agung Melayu
dalam pemikiran dan nilai kehidupan.
2.
Mengkonstruk idea dan nilai dalam karya agung
Melayu sebagai amalan dalam kehidupan.
3.
Menghayati dan berasa bangga terhadap nilai
ilmu, gagasan dan falsafah karya agung Melayu.
Karya Agung Melayu
Karya agung Melayu ialah karya ulung yang
meninggalkan kesan budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah kehidupan yang
berkekalan dalam ingatan bersama sesuatu bangsa. Yang dimaksudkan sebagai karya
ulung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah dan
nilai budaya yang kekal dalam ingatan bersama sesuatu bangsa sepanjang
sejarahnya. Selain itu, karya agung juga dapat disimpulkan sebagai karya yang
dianggap oleh pelbagai institusi dan badan berautoriti sebagai karya yang
mencerminkan kehebatan sesuatu bangsa melalui amalan cara hidup, adat istiadat,
falsafah, nilai ilmu dan seumpamanya. Oleh itu, unsur didalamnya akan
merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan yang akan kekal dalam
kesedaran dan ingatan pembaca.
Berikut
merupakan karya yang telah kami analisis sepanjang empat belas minggu mengikuti
kursus ini.
1. Hikayat Inderaputera
2. Pantun Melayu: Bingkisan Permata
3. Gurindam Dua Belas
No comments:
Post a Comment