NILAI
ILMU DALAM KARYA HIKAYAT INDERAPUTERA
KONSEP
ILMU
Ilmu
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah pengetahuan dalam perkara dunia,
akhirat, zahir, batin, dan lain-lain. Ilmu sangat penting disebarkan kepada
orang lain agar ilmu tersebut memberi manfaat kepada orang yang menuntutnya.
Antara tujuan ilmu disebarkan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan orang
lain, mengembangkan perkara yang mengandungi pelbagai kemusykilan, dan
sebagainya. Berdasarkan Hikayat Inderaputera yang telah dikaji, berikut ialah
ilmu yang terkandung dalam karya agung ini iaitu ilmu firasat, ilmu pendukunan,
dan ilmu sakti.
Ilmu
Firasat
Firasat
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda
pada muka (badan dan lain-lain) untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.
Ilmu firasat seringkali dikaitkan dengan tilikan atau ramalan ahli nujum. Namun
demikian, selain ahli nujum juga, ada juga orang-orang yang istimewa turut
diberikan keistimewaan melihat masa hadapan atau melihat nasib orang lain.
Sulastrin Sutrisno mengatakan bahawa orang yang mempunyai ilmu itu dapat
merasa, melihat, atau mengetahui terlebih dahulu segala sesuatu yang akan
berlaku dan dengan ilmu ini juga mereka dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan
orang lain berdasarkan nama, hari, dan ketika. (Modul Karya Agung Melayu
BMS3022:158). Ilmu tilikan ini sangat penting bagi pahlawan-pahlawan dahulu
kala kerana ia dapat membantu mereka menewaskan musuh dengan mengetahui serba
sedikit latar belakang lawannya itu. Secara umumnya, ilmu firasat ini dapat
dibahagikan kepada tiga iaitu firasat tilik nasib, firasat mimpi, dan firasat
terhadap binatang, dan . Namun demikian, pengkaji telah menambah satu lagi ilmu
firasat, iaitu firasat gerak hati, kerana dalam Hikayat Inderaputera ini,
banyak firasat seperti ini yang ditonjolkan.
Firasat
Tilikan
Hasil
kajian terhadap hikayat Inderaputera pengkaji mendapati, firasat tilikan ini
telah digunakan oleh penulis sejak dari awal penulisannya lagi. Sebagai contoh
firasat tilikan yang terdapat dalam karya agung ini ialah tilikan ahli nujum
terhadap anak Bikrama Buspa iaitu Raja Inderaputera selepas kelahirannya,
amaran jin Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran terhadap Inderaputera semasa
menerbangkannya melintasi gunung berapi, dan tilikan ahli nujum terhadap jalan
penyelesaian bagi permasalahan Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram dengan dua anak
raja mambang:
“... Baginda pun menyuruh akan orang
memanggil segala ahlil nujum dan sastrawan. Setelah datanglah segala ahlil
nujum maka baginda pun memberi titah kepada segala ahlil nujum, “Maka lihatlah
oleh tuan-tuan sekalian betapakah kebesaran anakku ini.”
(Bab 1, halaman 2)
“Maka kata jin itu, “Jikalau hambamu
menerbangkan tuan hamba hubaya-hubaya jangan tuan hamba minta air. Jika tuan
hamba minta air nescaya jatuh tuan hamba ke tasik Bahrul Asyik itu.”
(Bab VII, halaman 67)
“Maka disuruhlah panggil segala ahlil
nujum. Maka berkata mangkubumi kepada segala ahlil nujum itu-lihatnya olehmu
pada nujum itu, hamba pinta lihat baik dengan sebenarnya akan keadaan tuan
puteri ini betapa kelak kesudahannya akan jadinya. Maka ahlil nujum itu pun
melihat nujumnya ...”
(Bab VII, halaman 75)
Firasat
Mimpi
Firasat
mimpi tidak banyak dalam Hikayat Inderaputera, adapun hanya mimpi Tuan Puteri
Seri Ratna Gemala Nehran tentang naga yang sangat cantik, dalam hikayat ini,
naga yang dimimpinya itu ialah Inderaputera. Berikut ialah contoh dialog Tuan
Puteri tersebut:
“... Maka kita tidur lalu bermimpi hampir
dinihari juga rasanya. Maka datang seekor naga maka dipagutnya pinggangku tiada
lekat pada tubuhku rasanya dan aku lihat rupa naga itu terlalu indah sekali...”
(Bab V, halaman 31)
Firasat
Gerak Hati
Firasat
gerak hati yang ditonjolkan dalam karya agung ini semuanya ialah hal yang
benar-benar terjadi atau bakal terjadi. Sebagai contohnya ilmu firasat gerak
hati ini dalam karya ini ialah gerak hati nenek kepada Tuan Puteri Seri Ratna
Gemala Nehran terhadap cucunya yang akan mandi di Tasik Semenda Jin, dan gerak
hati raja-raja yang pernah bertemu Inderaputera dengan mengatakan yang
Inderaputera sedang berperang dengan Raja Gurjanis, seperti yang berikut:
“Dan berkata peri itu, “Hai cucuku,
pergilah cucu pada tengah malam ini duduk pada tepi tasik itu dan cucuku duduk
bersembunyi baik-baik jangan kelihatan kepadanya. Syahada barang siapa
menanggalkan bajunya dahulu itu maka ditaruhnya pada sajian perak itu, dan yang
berlangir dahulu itulah tuan puteri, dan barang tipu daya pun cucuku ambil juga
bajunya itu.”
(Bab V, halaman 32)
“... Hatta maka terdengarlah kepada
segala raja-raja yang bertemu dengan Inderaputera itu katanya, “ Perasaanku
bahawa Inderaputera itu berperang dengan Raja Gurjanis.”
(Bab IX, halaman 116)
Ilmu
Perdukunan
Dukun
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010) ialah orang yang mengubat orang sakit
atau memberi ubat cara kampung atau tradisional (dengan membaca jampi serapah
dan sebagainya), bomoh, dan pawang. Manakala perdukunan pula bermaksud perkara
yang berkaitan atau yang mengenai dengan perubatan cara kampung atau
tradisional, yang berkaitan dengan ilmu dukun.
Dalam
Hikayat Inderaputera ini, dukun yang ada pada masa itu ialah Berma Sakti. Berma
Sakti mempunyai kepakaran dalam mengubati orang yang sakit hendak beranak atau
ubat untuk mendapatkan anak (zuriai). Ubat yang digunakan pula ialah bunga
tanjung putih yang perlu dimasak dan diberi makan kepada Raja Syahian dan
isterinya.
“Syahadan nama baginda itu Berma Sakti.
Jikalau hendak seorang minta ubat sakit anak beranak pergilah kepadanya minta
ubat kepada baginda itu...”
(Bab III, halaman 13)
“Maka sembah Inderaputera, “Ya tuanku,
betapa peri bunga tanjung putih itu?” Maka ujar Berma Sakti, “Hai anakku ada
pun bunga itu berikan kepada Raja Syahian suruh ia sayur. Setelah sudah masak
anakku suruh Raja Syahian makan bunga itu... Maka dapatlah berputera”
(Bab XI, halaman 166)
ILMU
SAKTI
Ilmu
sakti ialah ilmu yang dimiliki oleh seseorang yang dianggap istimewa kerana
bukan calang-calang orang yang boleh memiliki ilmu ini. Ilmu sakti perlu
digunakan untuk kebaikan dan tidak boleh disalahgunakan untuk tujuan yang tidak
baik. Hal ini demikian kerana pelbagai masalah atau perkara yang buruk akan
berlaku jika ilmu tersebut digunakan untuk tujuan atau kepentingan diri. Dalam
Hikayat Inderaputera ini, pengarang menceritakan bahawa Inderaputera mempunyai
banyak hikmat dan kuasa sakti. Segala ilmu atau barang hikmat tersebut
diperoleh Inderaputera sepanjang perjalanannya untuk berjumpa dengan Berma
Sakti.
Hikmat
yang pertama yang diperoleh Inderaputera ialah Hikmat Geliga Mayan Bendi.
“Maka berkatalah peri itu,”Ada suatu Geliga
Mayan Bendi namanya. Jika tuanku mau kuberikan. Adapun gunanya jikalau hendak
mengeluarkan angin dan ombak atau kilat atau petir halilintar citalah
namaku dan tambangkan geliga itu nescaya barang kehendak tuan jadilah.”
(Bab V, halaman 28)
Hikmat
yang kedua pula ialah Gemala Hikmat milik Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
“Maka sahut tuan puteri,” Hai kakanda
ambillah gemala hikmat itu oleh kakanda. Adapun pergunanya himat itu terlalu
banyak.”
(Bab V, halaman 47)
Hikmat
yang ketiga pula ialah Inderaputera telah dihadiahkan oleh bonda Tuan Puteri
Seganda Cahaya Iram sebuah cembul mutiara.
“... Maka sahut bonda tuan puteri, “Hai
anakku Inderaputera, adapun jikalau ditambangkan cembul ini dibumi nescaya
menjadi sebuah mahligai dengan sepertinya serta dengan perhiasannya dengan alat
takhta kerajaannya. Apabila kita masuki seperti sebuah mahligai demikianlah
perasaanya.”
(Bab VII, halaman 79)
Hikmat yang seterusnya ialah Inderaputera
memiliki kuda yang bernama Janggi Gerdana. Keistimewaan Janggi Gerdana ialah
kuda ini boleh terbang kemana sahaja yang Inderaputera mahu, kuda yang kuat,
lajunya ia seperti kilat, dan menurut perintah tuannya.
(Bab VIII, halaman 80)
Ilmu
hikmat yang ada pada Inderaputera juga ialah hikmat menghidupkan orang yang
telah mati dengan menggunakan Gemala Bedi Zahar, dan atas kebesaran dan
kehendak Tuhan Yang Maha Besar juga. Hikmat ini diperoleh Inderaputera dari
seekor ular yang digelar Ular Mamdud.
“...Adapaun jika ada bedi Zahar itu
dibubuhkan kepada orang mati nescaya hidup pula...”
(Bab VIII, halaman 82)
Hikmat
yang ketujuh pula ialah Inderaputera menerima kain sutera puri yang halus
seperti embun. Kain ini diberikan oleh Raja Dewa Langkurba iaitu nenek kepada
Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran.
“... Hai cucuku Inderaputera. Maka inilah
kain sehelai. Adapun kain sutera puri namanya, halus seperti embun... Adapun
kain ini jikalau ada orang sakit, jikalau pecah-pecah tubuhnya sekalipun,
jikalau engkau tudungkan kepadanya dan engkau siramkan dengan air mawar yang
baik nescaya afiatlah ia.”
(Bab XIII, halaman 175)
Inderaputera
juga dalam hikayat ini mempunyai pelbagai hikmat-hikmat yang lain, malah ilmu
kesaktian juga ada dipelajari oleh baginda daripada anak-anak dewa, Berma
Sakti, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment