Pandangan
hidup dan nilai budaya bermaksud satu konsep mengenai alam semesta secara
keseluruhan. Terutamanya satu sudut pandangan yang di pengaruhi oleh satu nilai
yang tertentu. Menurut Syed Naquib Al-attas (1972) dalam Karya Agung Melayu
(2014), pandangan hidup mestilah bersumberkan islam yang merangkumi hal dunia
dan akhirat. Pandangan hidup merupakan satu konsep yang dimiliki oleh masyarakat
dengan tujuan menerangkan segala permasalahan yang berkaitan dengan Tuhan,
manusia dan alam. Terdapat beberapa nilai yang menjadi pegangan pengarang untuk
diketengahkan dalam hikayat ini. Antaranya ialah:
Berteraskan
Agama Islam
Pandangan
hidup dari perspektif Islam ialah pandangan tentang reality atau hakikat yang
terjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seuruh alam. Pandangan hidup
berteraskan Islam dapat dilihat dalam hikayat apabila pengarang banyak
menggunakan perkataan Tuhan yang maha berkuasa, jin, Allah, kafir dan banyak
lagi. Contohnya:
“Ya tuanku Perdana Menteri bahawa
sekalian hamba Allah lupa dan tersalah juga bahagiannya dan patik serahkan
diri patik kepada Tuhan yang Maha berkuasa”
“Hai nenekku serahkan hamba kepada Tuhan
Yang Maha Besar”
“Syahadan dan beberapa memuji-muji nama
Allah”
(Hikayat Inderaputera, 1977: 15)
“Setelah itu, maka semua binatang itu pun
minta doa pada Tuhan yang Maha Besar”
“Adapun yang kasih tuan hamba itu
sebenarnyalah Tuhan juga memelihara kita”
(Hikayat Inderaputera, 1977: 16)
“Maka inderaputera pun makanlah segala
buah-buahan itu hairanlah sekali inderaputera melihat kekayaan Tuhan”. Maka
inderaputera pun berhenti melihat kekayaan Allah. Ia pun mengucap syukurlah
kepada Allah.
(Hikayat Inderaputera, 1977: 18)
Berdasarkan
contoh di atas, pembaca dapat melihat bahawa pengarang cuba menerapkan nilai
berteraskan Islam dalam penulisannya dengan sentiasa menjelmakan perspektif
Islam dalam setiap aspek realiti yang terjelma dari mata hati manusia mengenai
kewujudan seluruh alam.
Idealisme
Menurut
kamus Dewan (2010) idealisme sebagai satu sifat dalam bentuk yang ideal. Orang
Melayu dahulu cenderung untuk menghasilkan sesuatu idea berpandukan sumber alam
seperti pokok, tumbuhan, haiwan dan sebagainya. Dalam hikayat ini pengarang
banyak menggunakan idealisme untuk menyampaikan hajat atau pesanan menerusi
pantun yang menzahirkan kekreatifan mereka melalui kelangsungan kehidupan yang
bijak disatukan dengan alam. Contoh pantun yang terdapat dalam hikayat ialah:
Jika sungguh
bulan purnama ,
Mengapa tiada
pagar bintang,
Jika sungguh
seperti
nama,
Mengapa tiada
dapat dipandang.
Tumbuh padi dang
Ratna wali,
sehari ditanam
tidaklah tumbuh,
Mintaklah kami
kenal kenali,
Kalau tidak
setialah sungguh.
(Hikayat
Inderaputera, 1977: 103)
Contoh
di atas menunjukkan antara pantun yang digunakan oleh pengarang bagi
menunjukkan idealisme pengarang yang menunjukkan bagaimana masyarakat ketika
itu menjadikan alam sebagai panduan terhadap perjalanan hidup mereka. Malah,
pada ketika itu, pantun terkenal dalam masyarakat sebagai wadah untuk
menyampaikan sesuatu seperti pujian, teguran atau sindiran tanpa menyakitkan
perasaan orang lain.
Nilai-Nilai
Budaya Hidup Orang Melayu
Budaya
adalah daripada perkataan budayyah yang merupakan kata jamak perkataan buddhi
yang bermaksud budi pekerti yang membincangkan tentang hal yang berkaitan budi
dan akal manusia. Menurut kamus dewan edisi keempat (2010:1081) Perkataan
“Nilai” merujuk kepada darjat, kualiti, mutu dan taraf. Menurut Mohd Rashid Md
Idris (2011:13) Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan
falsafah nilai. Contoh nilai budaya masyarakat Melayu yang diketengahkan oleh
pengarang sebagai pegangan hidup amsyarakat dalam Hikayat Inderaputera ialah:
i. Kemesraan.
Nilai
ini dapat dilihat dalam watak Nenek Kebayan yang melayan Inderaputera seperti
anak sendiri meskipun tidak pernah mengenalinya sebelum ini.
“Maka ujar inderaputera “Akulah
anak raja bikrama Buspa dan namaku inderaputera. Adapun sebabnya kemari
ini diterbangkan oleh merak emas. Dan segala hal ehwal sekaliannya diceritakan.
Maka ujar nenek kebayan, Mahukah cucuku duduk bersama hamba? Baiklah nenekku:
ke mana lagi hamba hendak membawa diri hamba lagi “
(Hikayat Inderaputera, 1977: 5-6)
ii. Kasih
sayang.
Nilai
budaya kasih sayang dapat dilihat menerusi watak Nenek Kebayan yang terlalu
kasih kepada Inderaputera sehingga tidak membenarkan Inderaputera tinggal
bersama Perdana Menteri.
“Setelah sudah maka kata perdana menteri,
“hai nenek kebayan, biarlah inderaputera itududuk di sini. Maka ujar nenek
kebayan, Ya Tuanku Perdana Menteri, seketika pun tiada dapat patik bercerai
dengan cucunya hamba.”
(Hikayat Inderaputera, 1977: 7-8)
iii. Menghormati
orang tua.
Pengarang
menerapkan nilai ini sebagai pegangan hidup masyarakat dalam Hikayat
Inderaputera menerusi perwatakan Nobat Rom Shah yang meminta keizinan daripada
ayah dan bondanya sebelum keluar mengembara.
“Maka Nobat Rom Shah pun pergi bermohon
kepada ayah bondanya pula. Maka ujarnya. “Hai anakku suatu pekerjaanmu
janganlah lupakan akan Tuhan yang Maha Besar.” Maka Nobat Rom Shah pun mnyembah
kaki ayah bondanya lalu ia berjalan dengan segala hulubalang menterinya dan
rakyat bala tenteranya sekalian dan beberapa lamanya sampailah ia ke padang
Belantara Hairani.”
(Hikayat Inderaputera, 1977: 52)
Blackjack Tournament 2021 - JTM Hub
ReplyDeleteThe Blackjack Tournament for Blackjack in Las Vegas is one of 토토 사이트 도메인 the 전라북도 출장안마 best casinos in 충주 출장마사지 town. The Casino has a long history of serving customers 이천 출장안마 with great 경상북도 출장샵 promotions